Wednesday, March 4, 2009

Benar

Hendaklah kamu berkata benar, kerana berkata benar itu membawa kepada kebaikan dan seseorang sentiasa membiasakan berkata benar dan cenderung kepada kebenaran, akhirnya orang itu akan dicatat oleh ALLAH sebagai orang-orang yang benar.

Dan jauhi berkata dusta, kerana dusta itu membawa kepada kejahatan, dan kejahatan itu membawa ke neraka. Bila mana seseorang itu membiasakan berdusta, dan selalu cenderung berdusta, akhirnya ia dicatat di sisi ALLAH sebagai orang yang pendusta.

(HADITH)


EMPAT MACAM PENYESALAN UNTUK EMPAT GOLONGAN:

Orang yang ceroboh di saat ia telah menyelesaikan perkerjaan.

Orang yang memutuskan tali persaudaraan di saat ia sedang menghadapi mala petaka.

Orang pada mulanya dapat mengalahkan musuhnya, namun kerana buruk pemikirannya akhirnya ia dikalahkan oleh musuh.

Orang yang berbuat dosa besar apabila telah dijemput maut.

Sunday, February 15, 2009

MUTIARA KATA

Salam. Maaflah ye. Agak bersawang blog ini. Ok. Sebagai pemanas kembali. Hayati lah Mutiara Kata ini.

Orang sempurna akal, sedikit bicaranya.

Tidur itu mati sementara, mati itu tidur selama-lamanya.

Orang yang rugi adalah orang yang tidak memperolehi sahabat, dan orang yang paling rugi adalah orang yang ditinggalkan sahabatnya.

Lidah orang yang berakal ada di belakang hatinya dan hati orang yang dungu ada di belakang lidahnya.

Apa yang disembunyikan orang dalam hatinya akan terlihat pada lidah dan wajahnya.

Barangsiapa banyak berangan-angan dan bercita-cita maka kuranglah amalnya.

Tiap-tiap satu ada zakatnya dan zakat badan adalah berpuasa.

Kesedihan dan kesusahan adalah separuh ketuaan.

Meninggalkan dosa adalah lebih mudah daripada minta ampun.

Semua bekas akan penuh jika diisi kecuali bekas ilmu.

Barangsiapa yang mendatangani orang kaya dan merendahkan dirinya (kerana kekayaan), maka telah hilang 2/3 agamanya.

Bataskan cintamu pada kawan, mungkin suatu hari nanti dia akan jadi lawan dan bataskan permusuhanmu pada lawan, mungkin suatu hari nanti dia akan jadi lawan.

Sahabatmu ada 3 dan musuhmu ada 3. Sahabatmu adalah sahabatmu, sahabatnya adalah sahabatmu dan musuhnya adlah musuhmu. Sedangkan musuhmu adalah musuhmu, musuhnya sahabatmu dan sahabatnya ialah musuhmu.

Barangsiapa yang selalu mengamati aib dirinya, dia tidak sempat mengamati aib orang lain.

Barangsiapa yang rela dengan rezeki Allah, ia tidak menyesal apa yang terlepas daripadanya.

Barangsiapa yang banyak bicaranya, maka banyak pula kesalahannya. Barangsiapa banyak kesalannya maka berkurang pula rasa malunya, berkurang pula wara’nya dan barangsiapa kurang wara’nya, matilah hatinya.

Dua orang tamak yang tidak pernah kenyang ialah penuntut ilmu dan penuntut dunia.

Jangan jadi bagi orang lain sedangkan Allah menjadikan anda bebas dan merdeka
Barangsiapa tidak mampu menguasai jasadnya maka jasadnya menjadi kuburan baginya.

Umur adalah waktu yang pendek untuk menuntut segala ilmu. Oleh itu pelajarilah iamu yang paling penting dan penting-penting sahaja.

Tiga hal yang mencelakakan; makan berlebihan dengan alasan masih sihat, memikul beban kuat deangan merasakan dirinya masih kuat dan mengurangkan usaha kerana berpegang pada takdir

Bercerminlah dan lihatlah wajahmu. Jika tampan atau jelita, jangan dirosakkan dengan perbuatan buruk dan bila buruk jangan ditambah dengan perbuatan buruk.

Amarah orang berakal nampak pada tindakan, amarah orang jahil nampak pada ucapannya.

Belajarlah akhlak dari orang yang tidak punya akhlak.

Dongeng biasanya panjang dan untuk memendekkannya diperlukan masa yang lama.
Hadiah dapat mencegah keresahan di dunia dan sedekah mencegah keresahan di akhirat.

Pendusta lebih jahat daripada pencuri kerana pencuri hanya mencuri hartamu, sedangkan pendusta mencuri akal kamu.

Menolak dengan sikap yang baik adalah lebih baik daripada menjanjikan untuk waktu yang belum pasti.

Alangkah indahnya mahkota tetapi lebih indah jika ada di kepala raja, alangkah indahnya mutiara (perhiasan) tetapi lebih indah jika menghiasi leher si gadis, alangkah indahnya nasihat dan pengajaran tetapi seorang alim dan bertaqwa dan soleh lebih indah dari semua itu.

ujilah kawanmu sebelum kamu mencintai atau membencinya.

Jangan terlalu bersandar pada kesihatan dan kekayaan kerana dalam sekelip mata ia boleh berubah menjadi penyakit dan kemiskinan.

Manusia jangan angkuh dan sombong kerana mereka bermula dengan titisan air yang kotor dan menjijikkan kemudian menjadi manusia yang selalu membawa sisa di perutnya dan akhirnya menjadi bangkai.

Bukanlah kebaikan jika ia dicapai denga kejahatan.

Menahan perasaan marah pahit tapi akibatnya manis.

Bersikap lunaklah pada orang yang bersikap keras terhadapmu, kelak ia pasti bersikap lunak padamu.

Paling baik kebanggaan adalah kamu tidak bangga.

Cinta asmara adalah satu penyakit dan tidak ada pahala bagi penderitanya.

Bercermin kepada manusia untuk mencapai akhlakmu, kamu mengetahui kebaikanmu dari kawanmu tetapi kamu mengetahui keburukanmu daripada lawanmu.

Janji ibarat wajah dan menunaikan janji ibarat kecantikan wajah.
Kalau kamu lebih menumpukan akan hal perutmu maka harga dirimu ialah apa yang keluar dari perutmu.

Janganlah mencaci iblis secara terang-terangan padahal kamu adalah sahabatnya dalam sembunyi-sembunyi.

Janganlah kamu menjadi serigala, kelak kamu akan menerkam dan janganlah kamu menjadi kambing kelak akamu akan diterkam.

Apa yang kamu kumpul melebihi keperluanmu maka kamu telah mengambil hak orang lain.

Siksalah pendengki kamu dengan berbuat baik kepadanya.

Orang yang bahagia adlah orang yang dapat mengambil pelajaran dari orang lain dan orang yang sengsara adalah orang yang dijadikan pelajaran oleh orang lain.

Salah satu hikmah ialah harta berad di tangan orang-orang yang bodoh kemudian diambil sedikit demi sedikit oleh orang cerdik pandai dengan kepandaiannya. Kalau harta itu berada ditangan orang yang cerdik maka orang-orang bodoh akan mati kelaparan.

Mengemukakan dalil kepada orang jahil mudah tetapi meyakinkannya sukar.

Janganlah kemiskinan menyebabkan kekufuran dan janganlah kekayaanmu menyebabkan kesombongan.

Barangsiapa takut kepada Allah maka Allah jadikan segalanya takut kepadanya. Barangsiapa tidak tidak takut kepada Allah maka Allah jadikannya takut pada segala-galanya.

Janganlah kamu takut kepada manusia dalam urusan Allah tetapi takutlah kamu pada Allah dalam urusan manusia.

Sesuatu yang tidak layak diucapkan walaupun ia benar ialah seorang memuji dirinya sendiri.

Sanak saudara memerlukan kasih sayang tapi kasih sayang tidak memerlukan sanak saudara.

Jangan merendahkan orang yang ditinggikan oleh ketaqwaannya dan jangan meninggikan orang yang ditinggikan oleh dunianya.

Seorang berakal bila menikmati makanan dia akan ingat bahawa suatu hari nanti dia akan merasa pahitnya ubat.

Sahabat buruk umpama pedang yang terhunus. Pandangannya menakutkan dan akibatnya mengerikan.

Seorang wanita dapat menyimpan cintanya dalam hatinya selama 40 tahun tetpi tidak dapat menyimpan kebenciaanya walaupun satu jam sahaja.

Seorang yang irihati dan dengki merasakan hilangnya kenikmatan kamu adalah kenikmatan baginya.

Janganlah banyak m,encari alsan, sesungguhnya dusta banyak sekali bercampur dengan alasan-alasan.

Marah-marah bermula dari gila-gila dan berakhir dengan penyesalan.

Takziah sesudah tiga hari akan memperharui kesedihan dan ucapan tahniah sesudah tiga hari hanyalah meremehkan kasih sayang.

Menggerakkan orang diam lebih mudah dari menggerakkan orang yang bergerak.

Apabila kamu letih kerana melakukan kebaikan, maka keletihan kamu akan hilang dan kebajikan tetap adanya.

Bergaullah dengan manusia dengan baik sehingga kalau kamu mati mereka tangisi dan kalau kamu hidup mereka selalu merinduimu.

Janganlah malu memberi yang sedikit kerana yang tidak memberi itu lebih sedikit dari yang itu.

Berilah hatimu pada seluruh manusia nescaya mereka akan memberikan hati mereka sepenuhnya padamu.

Hiduplah sesuka hatimu, tapi ingat kamu akan mati. Cintailah siapa saja yang kamu sukai, tapi ingat kamu akan berpisah dengannya, lakukan apa saja yang kamu suka, tapi ingat kamu akan dibalasi dengan perbuatanmu.

Wanita yang cantik tidak memerlukan pakaian yang indah.

Yang cantik itu belum pasti indah tetapi yang indah itu sudah pasti cantik.

Aku tidak pernah menyesal atas kata-kata yang tidak pernah aku ucapkan tetapi aku kerap kali menyesal atas kata-kata yang telah aku ucapkan.

Ubat mujarab bagi marah ialah diam.

Berita baik merayap, berita buruk berlari.

Kawan yang perolehi kerana pemberian kamu kelak akan dibeli oleh orang yang lain.

Orang yang beri hutang lebih kuat ingatannya daripada orang yang berhutang.

Renungkanlah dari apa kamu dicipta dan ke mana kamu hendak pergi.

Jangan menyalakan api jika kamu tidak dapat memadamkannya.

Memberi nasihat kepada orang yang sudah ditimpa musibah seperti memberi ubat kepada orang yang telah mati.

Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.
Segala hubungan pasti berakhir kecuali hubungan dengan Allah atau kerana Allah.

Friday, December 26, 2008

DIN SONG (II)

Deng…..oooooo deng….deng

Ingat dok mu, sayang dok mu


Tok wan slalu pesan

Ngaji beghi jadi orang


Dulu tok wan ngaja mu ngaji

Uhhh ........ex mu deng.......ex...

Mu buak macam2

Mu selak kain timah

Mu nusut selipa karim

Mu punggai cicak ngan selipa putuih

Sampei hinggap ke muka tok wan......


Haaaaa baghu mu raso

Seminggu mu tok leh berok..

Jubo mu meroh bebedan

Keno libah rotan tok wan


“ arai dek nie, thi pen arai nie....”

“ an nang se medai...mairofang eeee mu deng”


Tok wan ajar

Alif diatas aaaaa

Ba diatas baaaa

Ta diatas taaa

Aaa baa taa….uhhh

Dari derjah 1 sampei derjah 6

Hok tu jaa mu thu…


Deng......ooooo deng.

Mu nie ketegakg, balok liat, malah.


Fuuh……. jeghi mato mu

Bedaghor hidung mu

Heiiiii.!!!!

Thang penamo mu buak tu deng…….!!!

Ich….ich…….ichhhh………

Oooooo mu ngendak anok brahim mandi….


Mu keno ikat kat phon nyok smalam

Tido dalam gubuk ayam 2 malam

Ghati kerjo berok(beruk) pulaih nyoooo.

Tok wan hukum mu deng...


Tok wan mu tu bilal naksah (surau)

Orang kampung kenai....


Deng......deng...

Tokwan mu sembelih lembu

Mu srenok....


Senyak.........ja lembhu

Mu sumbak kayu kat jubo lembhu

Mooooooo moooooo

Teriak lembu tu

Sakit kaa sedak tak thu lah…

Nasik baik tok wan toak napok

Kalu tidok mu tok wan sembelih.


Deng...deng....

Ingak dok mu.


Tok wan hajok gi bendang

Tabor benih padi

Mu gi bendang serkak anok puyu


Tokwan hajok masuk hutan

Cari anok ghotan

Mu masuk hutan tahan jerat. Zussss...!!!!

Bernanoh kaki tok wan

Keno libah jerat hok mu buatk


Banyok tok wan pesan ke mu deng

Nok mu jadi baik.....


Satu hari tok wan beghi 3 benda....

Tokwan beghi kain pelekat

Tokwan beghi duit

Tokwan beghi “kiss” com kat pipi mu

Tokwan sayang

Tok wan nok gi jauh

Nek kapal lauit(laut)


Kein pelikat mu buwak tahan puyuh

Duit mu bwak beli getoh terebir

“Kiss” hok tok wan beghi mu kato masam, pekat, kelat

Pasai air liur yang lekak..


Deng….dengg

Sayang dok mu deng


Mu pernoh tanyo pak long


“ paklong, chek tunggu tok wan....

Pasei pa tok wan tok balik, tok wan kato

nok balik jumpa chek, beli biji tasbih kat chek,

nok beghi air zam-zam kat chek, pasei pa tok wan tok balik.”


“ Paklong thu mu rindu kat tokwan

Banyok kali mu beghi tok wan maroh

Tapi tok wan sabar... mu yatim piatu

Tok wan berkorban jago mu,

Tok wan pernoh crito kat paklong

Mu lah cucu hok paling tok wan sayang.”


Tapi deng........


Tok wan doh tok balik jumpa mu

Tok wan doh gi ngadap Tuhan kat kota suci nu

Kota Suci hok tok wan rindu.......


Deng......


Jangan lupo pesan tok wan......

Deng....

Monday, December 22, 2008

Apa DASAR kamu.!

Salam. Cuba tengok ini.





Geram sungguh apabila melihat orang islam sendiri mempertikaikan Hudud. Bagi saya, hanya ada tiga benda, faham, tidak faham dan malas nak faham. Kita pilih yang mana. Walau ada sedikit pun kefahaman tentang islam, kita tidak akan mempertikaikanya. Islam itu menyeluruh dan meliputi segala aspek. Kenapa perlu takut. Ia ada prosidurnya, ada kaedahnya, ada caranya. Kenapa perlu takot. Setiap hukum itu ada sebab dan kaedah penyelesaianya.

Sedih, sedih dan bertambah sedih.


Semuanya kembali kepada dasar kamu, apa dasar kamu. Kamu melayu. Melayu ini sinonim dengan Islam? Jika kamu katakan kamu melayu siapa perlu pandu kamu? Ataupun Islam pandu kamu. Islam atau Melayu. Yang mana tempat pertama dan kedua. Mesti semua akan menjawab Islam perlu ditangga pertama. Tidak dinafikan kebanyakannya bercakap begitu. Pada realitinya, bohong sama sekali…. Jika kamu letak Islam di tangga pertama, tidak kira Melayu ka, Siam ka, Cina ka, semuanya kan harmoni tanpa ada prasangka.


Jadi apa dasar kamu. Melayu atau Islam. Islam atau Melayu.


Hati kamu akan menentukan siapa kamu. Dasar kamu hanya ada pada hati. Pilih hanya satu. Itu saja.


Jika kamu sukakan orang itu, apa dasar kamu?

Jika kamu sukakan orang lain pula apa dasar kamu?


Jadi, sebagai umat Islam. Apa dasar kita……………? Jawab lah pada hati kamu.


“ Buat segala suruhanNya, Hindari laranganNya.”


Ingat! Memang ada kaedahnya. Tak perlu takot..


Ia bukan soal kemajuan, bukan soal kemiskinan, bukan soal ladang khinzir, bukan soal rumah, macam2 lagilah. Semua soal duniawi ini jika kamu Islam ka, bukan Islam ka, Barat ka, timur ka, kamu akan tetap hadapi, tempuhi dan ada pencapaianya.


Soalnya ialah DASAR.


p/s. Geram ada, sedih ada, nak marah pun ada.

Thursday, December 11, 2008

Antara berlapang dada dan bersifat positif.

Allah Maha Besar. Menjadikan manusia mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Yang kuat ada perananya, yang kecil ada peranannya, yang berilmu ada peranannya, yang kurang ilmu pun ada perananya. Sempurna.

Tapi, adakah kita berlapang dada dan bersifat positif dengan setiap peranan manusia di muka bumi ini. Walau saudara bukan Islam sekalipun ada peranannya. Positif atau tidak. Atau pun kita sudah cukup positif dan berlapang dada. Tapi kenapa masih ada cakap-cakap kecil di belakang. Adakah itu positif ataupun “buat-buat positif”.

Pada saya, sedih, kita seringkali bercakap berkaitan ini tetapi adakah kita yang bercakap ini sudah benar-benar positif dan berlapang dada.

Berselisih pendapat itu normal, berbeza kaedah itu normal, kenapa perlu tidak meredhai walaupun ia hanya berselisih pendapat. Kenapa perlu ada “cakap-cakap”. Kenapa perlu begini.

Itulah, ia kembali pada kekuatan masing-masing. Peranan masing-masing. Dan berfikirlah secara positif dan berlapanglah dada jika berlaku perselisiham faham.
Kan itu lebih baik.

“ Kita rasakan air itu bersih, tetapi didalam air itu terdapatnya racun-racun kecil yang lambat laun akan membunuh peminumnya ”

“ Kita rasakan kita telah melakukan kebaikan secara bersungguh dan ikhlas, tetapi dalam kebaikan itu mungkin terselit riak dan bongkak yang akan meracuni amalan”


Berlapang dada dan positiflah.

“ Bisiklah pada hati ”

Tuesday, December 9, 2008

Kena Tag

Salam. dah lama tak online. Tup tup kena tag. Skali Mokteh daaa.

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Mak, Ayah n famili.

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
Baju. First gaji maaa

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
Kat rumah n kat rumah pengantin perempuan. Hahahah.

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
Tersangatlah lama.

5. Adakah anda di lamun cinta?
Ohhh… itu cinta kalu I selalu rasa-rasa maaa. Hahah. Takdaklah.

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
Seafood kat tasik s.alam. Blanja mak ngan ayah makan.

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Beli jarang, download slalu. How to write well. Apa nama pengarang dia tau..

8. Apakah nama penuh kamu?
Tat. Panggil jaa tat. Markah penuh.

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Suka sembang ngan Ayah, suka tulong Mak.

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?Rasulullah kekasih Allah

11.Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu?
Semua sahabat seperjuangan n rakan seperjuangan.

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
Sudah tentu, tapi itu basuh ada sedikit malas-malas maa, I slalu bwk basuh itu dkat rumah kawan, itu rumah ada washing machine maaa, lagi mudah kalu..

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
Nak p terangganu n kampong mak ayah kat siam.

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
Hahahah. Jiwa besar, sangat kuat semangat, istiqamah, n sangat positif.

15. 8 perkara yang amat saya gilai
Tak pasti maaa, I suka itu simple life.

16. 8 perkataan yang sering di ucapkan
Baguih laa, Nooooo (bhs kedah), biaqlah, ok2, selamat2, terima kasih nooo, alhamdulillah, insyaAllah, tankiu2.

17. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
Ohhhh. Itu buku sedikit kurang baca maaaa…. Mau itu improve semangat mau membaca. Itu paper suka laaa. Harakah sama itu blog.

18. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
Nasyid. La ni dok dengar ulang2 lagu Muadz, hafiz hamidon n dehearty. Banyak lagu depa.

19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
Selagi anda usaha, hasilnya tetap ada. Bezanya cepat dan lambat. Sikit dan banyak. Syukur yang membezakan anda dan sesiapa.

20. Mari meng'tag' 8 orang lain.
Ohhh… mofir(dikmat), pojie, pala, access denied n taktau lah sapa lg.

Tuesday, November 4, 2008

Final Project -Tablet PC

Salam

Syukur. Ramai sahabat2 lain tengah berusaha bersungguh2 untuk menghadapi cabaran akhir peperiksaan. Berbagai kaedah dan mengikut cara masing2, yang mana lebih sesuai dengan kehendak hati. Mungkin ada yang ber "serabut" , itu normal, jika dikatakan masih student itulah hakikatnya. Tapi, seeloknya diharap, sahabat semua berusaha dengan sepenuh hati dan usaha itu mungkin telah bermula di awal semester lagi supaya dia akhir semester ini mudah untuk menghadapi cabaran terakhir. Saya mendoakan sahabat semua dipermudahkan Allah. Ameen.

Sedikit perkongsian, mengenang kembali waktu2 getir sebegini. Semasa belajar dulu (final sem). Saya mempunyai 2 tugasan penting. Menyiapkan project Final. Bagi kami yang dalam "Art Design" ni, menjadi kebiasaan untuk berjaga malam semata2 untuk menghabiskan kerja. Macam2 kerja sebenarnya, sketches, 3D, teknikal drawing dan sebagainya. Rumah! macam biasalah, tongkang kena langgar kapal kargo....

Siangnya perlu ke bengkel. Bertukang. Malamnya untuk kerja berkaitan 3D. Memang tidak terurus. Tak apalah... dah berlalu.

2 project penting itu adalah " Tablet PC for Caunselor" dan " O'art Chair".

Inilah beberapa hasil kerja " Tablet PC for Caunselor " bermula dari ideation sehingga final product.





Untuk ideation permulaan. Seringkali dimarahi pensyarah. " kamu ni lukis tu bagi serius sikit, sketch ni bukan untuk jadi katunis". dan pensyarah tak suka dengan katon2 tu. Selepas beberapa kali review dan di "basuh" oleh pensyarah, kaedah ditukar mengikut nasihat.



Dan akhirnya, berjaya menghasilkan Model yang menggunakan kaedah RP (rapid prototyping).

Gembira dan puas apabila siap dan dipamerkan semasa Degree Show. Alhamdulillah.

Tetapi semua itu datang dari Allah, semua kekuatan adalah dari Allah, segala ilmu dan teknik adalah dari Allah. Kita cuma diberi pinjam.

" Bisiklah Pada Hati"